|
RINGKASAN MUAFAKAT PENGENALAN Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat (MUAFAKAT) adalah sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang ditubuhkan oleh sekumpulan warga Malaysia yang prihatin terhadap nasib bangsa dan agamanya, dan berhasrat untuk berbakti kepada masyarakat, bangsa, agama dan Negara melalui pergerakan NGO ini. MUAFAKAT telah ditubuhkan pada 20 Julai 2004 dan diluluskan pendaftarannya oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia pada 9 November 2005. Nombor pendaftarannya ialah 1955-05-7. OBJEKTIF Sesuai dengan namanya “Muafakat”, MUAFAKAT bertujuan untuk mengembling tenaga umat Islam di Malaysia serta menyatupadukan mereka, secara bermuafakat supaya mereka dapat memperjuangkan hak dan kebajikan mereka serta bagi meningkatkan taraf kehidupan mereka di dalam semua lapangan termasuk sosial, ekonomi, pelajaran, kebudayaan, falsafah dan teknologi. Sesuai dengan kedudukan Ugama Islam sebagai agama rasmi Negara ini, MUAFAKAT juga bertujuan memperjuangkan dan mempertahankan status agama Islam di Negara ini seperti yang dijamin oleh Perlembagaan Malaysia dan Undang-undang Tubuh Kerajaan-kerajaan Negeri di Malaysia, serta selaras dengan hasrat majoriti penduduk Islam di Negara ini. Bagaimanapun menyedari bahawa penduduk Negara ini terdiri dari pelbagai kaum, ras dan Ugama, MUAFAKAT mengiktiraf hak tiap-tiap kaum dan ras untuk mengamalkan Ugama dan kepercayaan mereka masing-masing seperti yang dijamin oleh Perlembagaan Malaysia. MUAFAKAT percaya semua rakyat perlu diberi kebebabasan untuk melaksanakan hak mereka untuk hidup, bekerja, bersuara, berucap, berpersatuan, dan melaksanakan hak-hak asasi mereka, tanpa rasa takut, diancam, atau diintip dan supaya mereka merasa selesa dengan kehidupan di sekelilingnya. MUAFAKAT percaya pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mempunyai potensi untuk berperanan dengan lebih berkesan di Negara ini, untuk menggerakkan masyarakat bagi mencapai satu suasana kehidupan masyarakat yang lebih bebas, adil, demokratik, berkebajikan dan toleran, dan di mana organ-organ pemerintah dikurangkan campurtangan mereka dalam mengatur kehidupan rakyat, Dengan itu MUAFAKAT bertujuan untuk memperkukuhkan hubungan dan jalinan rangkaiannya dengan semua NGO-NGO yang mempunyai cita-cita, objektif dan kepercayaan yang serupa. AKTIVITI Bagi tujuan mencapai objektifnya, MUAFAKAT akan menjalankan aktiviti-aktivitinya melalui majlis-majlis diskusi, mesyuarat, pertemuan, seminar, bengkel, dialog, konvensyen, penerbitan buku, makalah, mengadakan lawatan-lawatan dan aktiviti-aktiviti lain seumpamanya.KEAHLIAN Keahlian MUAFAKAT terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang beragama Islam yang mempunyai wawasan, cita-cita dan aspirasi yang sama seperti dinyatakan di atas, MAKLUMAT LANJUT Maklumat lanjut berhubung dengan Muafakat boleh diperolehi melalui laman web www.muafakat.net.my, atau dengan menghubungi Setiausaha Agung (019-3199788) atau alamat berikut:
|